3 Sebab Kenapa Anda Wajib Ada Perlindungan Takaful
3 Sebab kenapa anda wajib ada perlindungan Takaful
Dewasa ini mempunyai satu atau dua plan perlindungan takaful/insurans adalah sangat relevan. Ini kerana saya percaya orang ramai sekarang mampu untuk mempunyai atau membeli perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga. Kehadiran produk takaful adalah bagus untuk orang islam dimana kita tidak lagi perlu mengambil insurans konvensional. Walaupun skim perlindungan insurans/takaful sangat penting, namun tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingannya masih rendah. Disini adalah 3 sebab kenapa kita wajib ada perlindungan takaful.
1. Risiko Yang Bakal Kita Hadapi
Konsep insurans/takaful adalah memberi perlindungan dari risiko. Apakah risiko? Risiko adalah kemungkinan yang bakal kita hadapi yang tidak dirancang seperti risiko kematian, risiko penyakit, risiko kecacatan, risiko kelumpuhan, dan risiko kemalangan. Semua risiko ini berlaku bukan dengan kehendak kita. Bila dan apa atau bagaimana hanya tuhan yang tahu.
Jadi kita perlu ingat bahawa kebarangkalian salah satu dari risiko ini mungkin akan terjadi pada diri kita suatu hari nanti. Semakin meningkat usia, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit. Kemalangan juga boleh berlaku bila bila masa tidak mengira usia atau tempat.
Jadi, perlindungan insurans/takaful boleh menyediakan anda dari segi kewangan untuk berhadapan dengan risiko utama ini. Apabila diserang penyakit, ada pampasan untuk membayar bil-bil dan keperluan-keperluan rawatan. Apabila kematian, sekurang-kurangnya ada pampasan untuk isteri dan anak-anak. Apabila kelumpuhan, ada pampasan untuk menggantikan punca pendapatan yang terjejas.
2. Adakah Kita Boleh Meramal Masa Depan
Insurans/Takaful tidak sewenang-wenangnya memberi perlindungan kepada semua orang. Mengapa? Pernahkah anda mendengar pepatah 'sudah terhantuk baru terngadah'? Kita tidak tahu bila kematian atau sakit datang menjengah, alangkah baiknya sekiranya kita bersedia dari awal untuk kesenangan dan ketenangan hidup di masa akan datang.
Syarat untuk sesorang individu untuk mengambil perlindungan takaful adalah beliau hendaklah berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan mampu. Takaful tidak memberi perlindungan kepada orang yang sudah sakit atau baru mendapat penyakit. Sama seperti pihak bank, tiada bank yang mahu memberi pinjaman kepada orang yang sudah sakit kerana kemungkinan mereka untuk membayar semula adalah rendah. Maka demikian, dinasihatkan anda mengambil plan takaful ketika anda masih sihat dan masih muda. Seandainya kita telah diserang sesuatu penyakit, contohnya sakit jantung, dan baru mula mengambil insurans/takaful, maka penyakit ini tidak dilindungi lagi. Maksudnya, segala bil dan bayaran berkaitan penyakit ini tidak boleh dituntut kerana tidak dilindungi.
3. Melindungi aset dan liabiliti
Mengapakah kita diwajibkan membeli insuran ketika memperbaharui cukai jalan (road tax) kereta atau motor? atau ketika membeli rumah dengan pinjaman bank?
Kerana kita tahu jika kita kemalangan kereta atau motor, insurans akan melindungi dari segi pampasan/membayar untuk kerosakan yang dialami apabila ditimpa musibah. Begitu juga dengan diri kita wajib ada insurans/takaful untuk melindungi kita sekiranya musibah terjadi kepada diri kita.
Bank mewajibkan insurans rumah atau MRTA ( mortgage reduce term assurance ) untuk mengelakkan kerugian sekiranya pembeli rumah meninggal dunia atau sakit kritikal atau hilang upaya kekal dan gagal membayar jumlah pinjaman rumah.
Sepanjang hidup, kita telah mencipta pelbagai komitmen. Segala komitmen ini menjadi liabiliti jika ianya adalah hutang contoh kereta, rumah, dsb. Andai kata anda sihat hari ini mampu bekerja mencari duit untuk membayar segala liabiliti yang ada, bagaimana jika satu hari nanti anda jatuh sakit dan tidak mampu bekerja? mahu bergantung pada simpanan anda? Berapa orang yang ada simpanan sebanyak rm200 - 500k dengan bergantung pada gaji? Jumlahnya tidak ramai. Adakah simpanan anda cukup untuk menanggung kos perubatan anda juga? kos hospital anda juga? kos sara hidup anda dan keluarga?
Jadi, perlindungan insurans/takaful adalah sangat penting untuk melindungi aset-aset yang ada supaya kerugian yang akan dialami atas sesuatu musibah dapat dikurangkan.
Kita lepak sembang2 sambil pekena kopi sambil saya share :)
Comments
Post a Comment