5 Perkara Anda Perlu Tahu Guna Medical Card


Ramai diantara kita yang mempunyai plan takaful dan medikal kad ketika ini. Alhamdulillah pemikiran orang kita semakin terbuka untuk menerima konsep kepentingan mencarum takaful. Saya tertarik untuk menulis artikel mengenai perkara ini kerana kejadian yang terjadi kepada kawan saya sendiri. Sepasang suami isteri yang telah mengambil plan takaful medikal kad telah menghubungi ejen mereka ketika si isteri mengalami sakit gastrik yang teruk.  Si suami menghubungi ejen mereka dan ejen tersebut menyuruh si suami membawa isteri terus ke hospital. Si suami yang hubungi lagi buat kali kedua dan ketiga untuk mendapatkan kepastian dan jawapan sama juga diterima dari ejen tersebut. Saya disini tidak memburukkan sesiapa ataupun membuka aib sesiapa, mungkin ada sedikit info yang tidak dijelaskan oleh ejen tersebut kerana lupa ataupun sedang sibuk. Manusia hidup with mistake, nak buat cemana. Okeh disini saya sertakan 5 perkara sebelum anda guna medikal kad di hospital. Kredit kepada blog ariffrashidan kerana artikel ini dipetik di blog beliau. Kebetulan apa yang saya cari ada di sini so pinjam la ye :) 

1. PERGI KLINIK DULU SEBELUM PEGI HOSPITAL
“Eh kenapa pulak dah ambil medical card suruh kita ke klinik pulak? Dah tu apa function medical card?”

Sebelum terus ke hospital pakar, seeloknya ke klinik dulu. Tujuan ke klinik dulu adalah untuk memastikan keadaan kita memang betul2 perlu admit wad. Jika kita terus pergi ke hospital pakar, dan kalau doktor pakar sahkan kita tak perlu admit, so terpaksa lah keluar duit poket sendiri untuk bayar bil. Maklumlah selalunya bil di hospital pakar ni lebih mahal daripada klinik biasa. Dan, medical card kebiasaannya hanya boleh digunakan bila kita confirm warded lebih dari 6 jam. Selain itu lebih baik rujuk kepada ejen atau pihak insuran / takaful terlebih dahulu tentang coverage. Kemalangan pula ada 2 jenis. Ada yang boleh dirawat sebagai outpatient. Ada yang memerlukan admission wad. Jadi jika outpatient, bayar dulu dan claim kemudian. 

2. JIKA DOKTOR TANYA, JAWAB DENGAN JELAS.
Jika kita mengalami masalah kesihatan. Pasti ada simptom-simptomnya. Kat bahagian mana, bila mula rasa perubahan. Jika baru kena, jawab baru kena. Contohnya,sebab jatuh ke,sebab dilanggar  ke atau lain-lain. Kalau kita jawab tak tahu, doktor mungkin akan tulis UNKNOWN, maka proses penyiasatan oleh syarikat insuran/takaful akan menjadi lebih panjang. Walaupun kita sudah sign up 2-3 tahun, boleh jadi kita sudah ada sakit berkenaan sebelum kita sign up takaful lagi. Jadi jawapan kita ketika bertemu doktor sangatlah penting.

3. REFERRAL LETTER
Jika doktor klinik beritahu perlu warded di hospital, MINTA REFERRAL LETTER untuk nak ke hospital panel. Beritahu doktor nak guna medical card.
4. SIMPAN RESIT KLINIK
Kadangkala berlaku kes, 2, 3 kali kita terpaksa berulang alik ke klinik dan kemudian baru warded. Jika admission warded itu sama berkaitan dengan rawatan di klinik-klinik sebelum ini maka bil-bil sebelum ini boleh claim dengan syarikat takaful/insurans.
5. KOMEN BERTULIS DOKTOR 
Jika rawatan disebabkan oleh kemalangan, minta doktor tulis diagnose sikit kat belakang resit. Bagi ada black & white proof. Sesetengah insuran takaful ada manfaat claim bil-bil yang disebabkan kemalangan. Biasanya untuk kes kemalangan seperti kena minyak panas, jahitan luka dan sebagainya yang tidak perlu warded di hospital. Untuk claim memerlukan diagnose doktor yang ditulis dibelakang resit seperti berikut:

Mintak doktor provide 4 perkara ni:
  1. Cause Of Accident
  2. Date & Time
  3. Treatment
  4. Sign & Stamp doktor yang merawat
Harap serba sedikit dapat memberi manfaat kepada yang membacanya. 
Andai anda ingin tahu lebih lanjut, hubungi/whatsapp saya di 0132166343 Amirul
Kita lepak sembang2 sambil pekena kopi sambil saya share :) 


Comments

Popular Posts