7 Perkara Penting Yang Anda Harus Faham Sebelum Mengambil Plan-plan Takaful



Kesedaran untuk mengambil takaful sudah makin meningkat. Mungkin kerana tahap pendidikan zaman sekarang sudah makin tinggi, dan juga orang ramai mula sedar dengan kepentingan mencarum takaful. Alhamdulillah kebanyakkan plan takaful yang wujud sekarang adalah berbentuk komprehensif yang mengandungi takaful hayat + medikal. Akan tetapi, ramai agen takaful hanya berfungsi sebagai jurujual. Sepatutnya agen takaful berfungsi sebagai pembimbing atau pembantu kita untuk merangka pelan takaful yang betul. Disini adalah 7 perkara yang perlu anda tahu sebelum mencarum dengan plan takaful. 

1. Ada pelbagai rider untuk keperluan berbeza

Ada pelbagai jenis produk di bawah satu syarikat takaful yang dipanggil sebagai rider ataupun manfaat tambahan. Ada rider untuk wanita, rider kemalangan, rider penyakit kritikal, rider kad medikal dan sebagainya. Setiap satu direka secara khusus untuk membantu anda tetapi anda boleh pilih sendiri apa yang anda rasakan sesuai untuk anda setelah ejen takaful menerangkan fungsi rider tersebut. Segala faktor rutin harian anda boleh menjadi penyebab kenapa anda perlukan rider-rider tersebut. Sebagai contoh, anda menggunakan kereta atau motorsikal ke tempat kerja. Anda mempunyai risiko untuk kemalangan bukan? Jadi jika disertakan sekali rider kemalangan, anda akan mendapat pampasan tambahan daripada plan takaful anda. 

2. Anda perlu melalui proses application

Selepas bertemu agen, permohonan anda akan diproses untuk menentukan samada syarikat takaful ingin menerima atau menolak anda sebagai pencarum. Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang besar sebelum ini atau dalam masa yang terdekat ini, anda wajib beritahu supaya tidak berlaku sebarang masalah di kemudian hari. Plan takaful mempunyai tempoh menunggu ( waiting period ) sebelum anda dapat menggunakan sepenuhnya medikal kad anda. Ini bertujuan untuk membuktikan anda betul2 sihat ketika memohon plan takaful. Segala penyakit yang muncul dalam masa 120 hari* tidak akan dilindungi oleh plan takaful KECUALI kemalangan. 
*Tempoh menunggu mungkin berbeza dengan agensi takaful yang lain. Di prudential adalah 120 hari

3. Tidak semua orang akan diterima

Ya, mereka yang sudah ada masalah kesihatan yang besar/kecil sebelum ini berkemungkinan besar tidak diterima ketika memohon. Atau mempunyai keluarga yang mempunyai sejarah penyakit berbahaya seperti jantung, kanser, dan sebagainya, mungkin akan dipertimbangkan ketika memohon dan premium bulanan yang sepatutnya murah mungkin akan menjadi lebih mahal. Jadi adalah penting untuk memohon takaful ketika kita muda dan sihat untuk mengelakkan harga premium menjadi mahal dan menyusahkan. 

4. Tugas agen hanya bimbing kita untuk memilih pelan takaful

Tugas agen hanyalah menerangkan dan membantu kita faham mengenai produk takaful dan memilih pelan takaful terbaik spesifik mengikut keperluan untuk diri kita. Ejen yang baik seharusnya sentiasa berhubung dengan anda untuk memudahkan sebarang urusan ataupun pertanyaan anda. 

5. Income Protection atau Medical Card?

Sakit atau mati adalah dua perkara yang tidak dapat dijangka oleh sesiapapun. Jika kita tahu lagi 5 bulan kita bakal menghidap penyakit merbahaya, maka medical card adalah pilihan terbaik. Begitu juga jika kita tahu lagi  tiga minggu kita bakal mati, maka Income Protection adalah paling baik. Tetapi sudah tentu kita tidak tahu. Cara paling selamat sekiranya kita adalah penyara keluarga, maka utamakan Income Protection. Jika ada bajet lebih barulah lihat kepada keperluan Medical Card. Akan tetapi ini tidak lagi menjadi masalah kerana plan komprehensif yang wujud sekarang memudahkan anda untuk mendapatkan kedua2 sekali dalam satu plan takaful. 

6. Baca polisi

Polisi adalah dokumen rasmi yang lengkap mengenai apa yang kita dilindungi dan apa yang tidak. Apabila anda mendapat buku polisi anda, pastikan anda meluangkan sedikit masa untuk membaca dan faham mengenai isi kandungan polisi tersebut untuk memudahkan anda di masa akan datang. Ejen biasanya akan menerangkan kepada anda point2 penting di dalam polisi tetapi anda juga harus membaca dan faham. 

7. Anda ambil insurans atau takaful?

Industri takaful baru saja meningkat di Malaysia dengan penawaran produk yang sudah lebih baik daripada produk insurans. Pastinya ada beza antara insurans dengan takaful (islamic insurance). Ia bukan sekadar cop islamik sahaja. Malah cara produk dibuat dan segala aqad yang ada semuanya dibuat berlandaskan hukum syarak. 10 tahun sebelum ini masih ramai agen muslim yang promosi insurans konvensional. Jadi elok tuan semak polisi adakah polisi tuan itu polisi insurans konvensional atau polisi takaful?
Andai anda ingin tahu lebih lanjut, hubungi/whatsapp saya di 0132166343 
Kita lepak sembang2 sambil pekena kopi sambil saya share :) 



Comments

Popular Posts