3 Sebab Kenapa Medical Card Penting?


Sebut sahaja Medical Card (kad perubatan) ramai yang dah tahu sebenarnya. Ada di antara kita yang ditanggung sepenuhnya bayaran ke hospital oleh syarikat tempat kita bekerja. Ada juga yang tidak ditanggung dan mengambil inisiatif sendiri untuk mengambil medical card sendiri. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing.

Tidak dinafikan hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang baik. Walaubagaimanapun senarai menunggu agak panjang dan sekiranya anda mampu tidak salah untuk anda mengambil medical card bagi keselesaan anda di samping memberikan ruang kepada mereka yang memerlukan. 

Berikut adalah 3 sebab kenapa MEDICAL CARD ini adalah penting:

1. Tidak perlu berada di dalam senarai menunggu yang agak lama kerana orang yang datang ke hospital agak ramai. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan dialisis di hospital kerajaan anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 tahun sebelum dapat diserap masuk ataupun anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Jangkamasa untuk anda membuat fistula (di tangan) pula sekurang-kurangnya selama 1 tahunBagi pesakit buah pinggang, anda tidak boleh menunggu terlalu lama kerana setiap seminggu anda perlu cuci buah pinggang selama 3 hari. Kos sekali cuci buah pinggang pula adalah RM200 per sesi. Seminggu 3 kali. Jadi kalau sebulan dah berapa? Mahal bukan? Sekiranya anda mengambil medical card sila pastikan dialisis ini termasuk sekali kerana penyakit ini telah menjadi penyakit utama di Malaysia. Nampak tak pentingnya medical card di sini?

2. Umur kita semakin meningkat dan semakin berisiko juga lah kita untuk mendapat penyakit. Adakah anda tahu bila anda sihat dan bila anda akan sakit? Mungkin hari ini anda sihat, mana tahu esok lusa anda sakit. Semakin tua kita, semakin kita menghampiri masa persaraan. Masa itu adakah anda hendak menggunakan wang simpanan dan wang persaraan anda untuk menampung kos perubatan? Adakah anda ingin menjual aset2 anda? Tidak bukan?

3. Ada di antara kita yang ditanggung oleh syarikat dan kadangkala tanpa limit. Tetapi bila anda sihat anda adalah aset kepada syarikat tetapi bila anda sakit anda menjadi beban pula. Andaikata anda sakit, adakah syarikat anda masih memerlukan khidmat anda? Adakah selepas anda diberhentikan atau berhenti kerja akibat penyakit kritikal, kos perubatan anda masih ditanggung syarikat? Fikirkan.


Andai anda ingin tahu lebih lanjut, hubungi/whatsapp saya di 0132166343 
Kita lepak sembang2 sambil pekena kopi sambil saya share :) 


Comments

Popular Posts