Kenapa Wajib Ada Takaful/Insurans berbanding Simpanan sendiri?



SIMPANAN
Contoh, Setiap bulan anda menyimpan sebanyak RM200. Setahun anda akan ada sebanyak RM2400.
  1. +0.3% faedah jika dalam simpanan akaun bank biasa
  2. +3% faedah jika dalam Fix Deposit
  3. +7% faedah jika dalam ASB


Anggaplah anda menyimpan sehingga 10 tahun. Jumlah keseluruhan mungkin menjadi RM26,000. Malangnya, anda didiagnosis untuk peringkat awal Kanser yang memerlukan RM50,000 untuk kos rawatan. Terima kasih kerana simpanan anda, anda mempunyai RM26,000 tetapi anda masih memerlukan RM24,000.


Anda mempunyai 3 pilihan untuk membiayai kos rawatan yang masih belum mencukupi itu.
MEMINJAM
Keluarga dan rakan-rakan akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu anda. Tetapi untuk meminjam RM24,000 adalah hampir mustahil kecuali anda mempunyai saudara mara atau dari keluarga yang sangat kaya.
MENJUAL ASET
Anda mungkin mempunyai satu atau dua aset yang boleh dijual. Tetapi ia memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menjual rumah contohnya. Jika aset anda masih di bawah pinjaman bank, anda tidak boleh menjualnya. 
MEMINTA DERMA
Sepertimana yang biasa lihat di surat khabar atau di televisyen ramai orang yang kurang berkemampuan ataupun mampu tetapi kehabisan wang simpanan terpaksa meminta derma di surat khabar dan juga media sosial atau televisyen. Kalau anda artis, mungkin cara ini boleh berkesan kerana seseorang yang bergelar artis mempunyai publisitinya sendiri. Tapi anda hanyalah orang kebanyakkan yang mahu meraih simpati orang ramai untuk memberi derma. Adakah anda sahaja yang memerlukan derma tersebut? Adakah anda yakin dapat mengumpul dana melalui derma tersebut? 
Jawapannya adalah sediakan payung sebelum hujan. Ibarat kita membeli telur sebakul, asingkan sedikit untuk diletak di tempat lain. Begitu lah juga dengan pendapatan kita. Wajib untuk semua orang mengasingkan sedikit pendapatan untuk mencarum Takaful agar dapat mengelakkan perkara2 diatas ini.
==================================================================
TAKAFUL/INSURANS
Setiap bulan anda bmenyimpan  RM200. Akhir tahun, jumlah terkumpul RM2400 + + (Termasuk faedah) (8% -9% dalam pelan InvestmentLink atau Takafulink). Anda mencarum sebanyak hanya RM200 sebulan untuk pampasan kematian sebanyak RM50,000 dan juga kad medikal untuk rawatan perubatan yang mempunyai had sebanyak RM100,000 setahun. 
Sekiranya sesuatu yang teruk berlaku kepada anda, kematian atau hilang upaya kekal, jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM50,000 akan diberi sebagai pampasan kepada waris terdekat atau kepada anda. (Walaupun anda membayar insurans hanya untuk satu bulan iaitu RM200, walaupun anda baru mencarum selama beberapa tahun ) Bagus bukan?
Malang tak berbau, anda didiagnosis untuk peringkat awal Kanser yang memerlukan RM50,000 untuk kos rawatan. Tetapi anda tidak perlu risau tentang menggunakan duit simpanan. Kerana sekarang Kad Perubatan  anda akan meliputi semua kos rawatan perubatan untuk anda dengan had sehingga RM1,000,000  seumur hidup. Plus, Rm25,000 pampasan akan diberi jika anda didiagnosis dengan salah satu daripada 36 penyakit kritikal. (*jika anda mengambil rider critical illness)
Jika anda tidak dapat bekerja dan tidak mempunyai wang untuk membayar premium anda, pelan Kontributor akan terus membayarnya. Jadi, anda masih menerima perlindungan dan simpanan anda masih terus berkembang sehingga umur 80 tahun.  
So, jom pekena kopi saya cerita panjang lebar sikit,. Posting kali ni taip time nak cepat so maaf la ye kalau berterabur.

Your Preferred Takaful Agent
Amirul Zamri
0132166343


Comments

Popular Posts