Perkara Dan Alasan Yang Selalu Kita Dengar Berkaitan Insurans/Takaful
Orang kita tahap kesedaran belum lagi cukup tinggi untuk berada setaraf dengan negara maju yang lain. Penetration rate takaful di negara kita hanya sebanyak 30 - 50% daripada keseluruhan penduduk Malaysia yang hampir mencecah 32 Juta saat ini. So, disini saya senaraikan beberapa perkara atau alasan yang selalu kita dengari dan memberikan anda jawapan yang sesuai dengan perkara tersebut.
HAHAHA gelak sikit!!!
Tak nak jumpa kawan itu, sebab dia ejen Insuran dan Takaful. Nanti kena paksa ambil.
Hakikatnya, kalau ada dalam rakan anda atau famili anda seorang ejen insuran dan takaful Sepatutnya anda kena bersyukur. Mereka sebenarnya sudah dilatih untuk menjadi profesional dalam karier mereka. Jadi pengetahuan mereka dalam apa mereka buat seperti urusan tuntutan adalah penting apabila anda memerlukan bantuan. Soal paksa atau tidak, itu lihat kepada cara anda menilai. Mereka memaksa ke arah kebaikan, bukan masuk MLM atau Skim Cepat Kaya.
Syarikat anda bekerja menangung segala perbelanjaan perubatan akibat sakit atau kemalangan.
Hakikatnya, syarikat adalah entiti perniagaan yang mahukan keuntungan yang maksima. Jadi perlindungan perubatan untuk pekerja ada batasan tertentu. Jika pekerja itu mengalami sakit kritikal, kemungkinan besar akan dilucutkan dari syarikat kerana syarikat tidak mahu menanggung kerugian.
Insuran dan Takaful menipu, susah nak buat tuntutan.
Hakikatnya, insuran dan takaful mengikut klausa, syarat dan keadaan tertentu. Jika tidak tepat berkemungkinan besar tuntutan tidak akan diberi. Kebanyakan kes datang dari pelanggan itu menipu atau menyorok fakta yang memungkin kes tuntutan anda tidak selesai. Jadi pelanggan yang bijak, buat kajian atau bacaan dulu sebelum mempunyai polisi. Lihat sejarah tuntutan mereka dan rekod perkhidmatan mereka.
Menyimpan untuk pendidikan melalui insuran dan takaful tidak perlu, kerana ada bantuan kewangan pelajaran seperti PTPTN, biasiswa dan sebagainya.
Hakikatnya, dana pendidikan adalah memberi kelebihan kepada anak atau generasi akan datang. Bila habis belajar, mereka tidak berhutang dan mampu menjana pendapatan kewangan melalui gaji mereka kelak.
Kalau sakit nanti, ada keluarga dan saudara mara sanggup membantu dari segi kewangan nanti.
Hakikatnya, bila anda sakit dan sukar dibantu akan ada ramai ahli keluarga dan saudara mara menjauhkan diri. Kalau sanggup bantu pun, RM10 ataupun bacaan Al-Fatihah dan doa-doa kerana mereka juga ada tanggungan yang perlu dibiayai.
Hospital kerajaan ada dan cajnya juga murah. Tidak perlu Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.
Hakikatnya, kebanyakan orang bukan risau sebab kos tetapi sebab ‘kesegeraan’ untuk mendapatkan rawatan. Ini kerana hospital kerajaan terlalu ramai, bantuan diutamakan kepada yang sangat kronik. Oh ye, ada beberapa ubatan dan rawatan anda perlu bayar apabila berada di hospital kerajaan.
Kalau ambil Insuran & Takaful, nanti cepat mengalami eksiden.
Hakikatnya, ini adalah mengarut. Ketentuan Allah kepada manusia bilakah berlaku kematian atau eksiden.
Insuran dan Takaful kerjanya ambil duit orang sahaja.
Hakikatnya, insuran dan takaful membantu anda menguruskan kewangan dari segi risiko kewangan seperti keadaan tidak disangka-sangka – kemalangan, kematian dan kesihatan.
Anak yang masih kecil tidak perlukan sebab masih muda, kurang sakit dan lambat lagi nak tua.
Hakikatnya, anak kecil sekarang mudah terdedah dengan penyakit berjangkit yang sukar diubati dan kos rawatannya bukanlah murah.
Semua penyakit boleh dirawat di hospital kerajaan, sebab mereka pakar. Saya tak perlukan Insuran dan Takaful untuk ke hospital swasta.
Hakikatnya, ya betul mereka adalah pakar tetapi anda perlu ingat bahawa senarai yang menunggu ‘waiting list’ adalah terlalu ramai. Temujanji makan berbulan-bulan.
Insuran dan Takaful hanya untuk waris sahaja je dapat. Itupun kena tunggu mati.
Hakikatnya, fungsi insuran dan takaful utama adalah berkenaan kematian. Tetapi hari ini, instrumen insuran dan takaful telah berkembang kepada perubatan, kemalangan, sakit kritikal, pendidikan dan persaraan.
Insuran dan Takaful hanya menikmati manfaat apabila mati sahaja. Buat apa, tinggalkan untuk orang hidup.
Hakikatnya, kewangan peribadi apatah sebagai seorang Muslim pengurusan kewangan bukan terhad hanya bila mati sahaja tapi sehingga sesudah mati. Hutang tetap perlu dilangsaikan.
Ambil Insuran dan Takaful hanya mengkayakan ejen sahaja.
Hakikatnya, insuran dan takaful adalah instrumen pengekalan dan perlindungan kewangan bila terjadi sesuatu luar jangkaan. Ia adalah amat penting kepada kita. Isu mengkayakan bukan satu hal besar, sebab caruman diberi kepada pengendali insuran dan takaful, bukan ejen.
Dah ambil Insuran dan Takaful, kena buat post-mortem bila mahukan pampasan kematian.
Hakikatnya, senarai checklist pampasan kematian memerlukan sijil atau polisi fizikal itu sendiri, dan dokumen lain seperti permit mengubur dan sijil kematian. Post-mortem dilakukan oleh pihak polis, jika kes itu berkaitan dengan hal polis (jenayah)
Bila ada duit lebih, baru boleh buat Insuran dan Takaful.
Hakikatnya, bila anda mendapat gaji sepatutnya menyimpan dahulu. Selebihnya baru dibuat untuk berbelanja. Tabiat ini untuk memastikan anda tidak menyesal di kemudian hari kerana tiada perlindungan kewangan – insuran dan takaful.
Simpan di bank lagi bagus, ada dividen. Simpan di Insuran & Takaful nanti duit sikit je.
Hakikatnya, apabila berlaku keupayaan kekal atau sakit – ramai di luar sana mengeluarkan simpanan untuk menanggung segala kos. Kalau anda risaukan tentang ‘kehangusan’ duit, anda boleh memilih insuran dan takaful berkaitan pelaburan.
Susah nak berurusan dengan pihak insuran / takaful apabila urusan tuntutan.
Hakikatnya, hari ini bukan seperti dulu. Segalanya dalam talian – internet, telefon dan sebagainya. Hari ini juga, setiap pelanggan diberi kad insuran / takaful (samada perubatan atau tidak) dengan tujuan memudahkan urusan kelak.
Insuran dan Takaful kena bayar sampai tua.
Hakikatnya, tidak semua insuran dan takaful bersifat begitu. Anda boleh memilih pelan seperti ‘investment-linked’. Di mana, anda boleh menggunakan simpanan yang datang dari insuran dan takaful itu sendiri membayarkan / mencarumkan untuk anda sehingga umur tua.
Semua ejen yang kita jumpa boleh bantu buat tuntutan.
Hakikatnya, hanya ejen yang anda lantik boleh bantu sehingga selesai tuntutan yang mahu dibuat. Ini kerana akses dari segi maklumat polisi dan sijil adalah terhad jika ejen tersebut bukan ejen dilantik. Sebaiknya, carilah ejen yang kompeten dan mudah berurusan.
Sekarang sihat, tidak perlukan Insuran dan Takaful.
Hakikatnya, anda kena faham bahawa anda perlu berada dalam keadaan sihat sepenuhnya jika mahu memohon insuran dan takaful. Kalau jika anda memohon selepas keadaan sakit alamatnya agak sukar. Mungkin anda akan di-rejek.
So sebenarnya insuran dan takaful membantu anda. Ia merupakan keperluan setiap individu masa kini dimana segala kos telah meningkat. Tunggu apa lagi?
From your preferred Takaful Agent
Amirul Zamri
0132166343
Amirul Zamri
0132166343
Comments
Post a Comment