3 Perkara Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Faraid
3 Perkara Yang Perlu Diselesaikan Sebelum Faraid
Ramai antara kita yang tidak peka dengan perkara ini sehingga menimbulkan
masalah ketika menuntut atau mewarisi harta milik ahli keluarga yang telah
meninggal dunia. Harta2 ini datang dalam banyak bentuk seperti Milikan Tanah,
Kebun2, Ladang2, Rumah, Kereta, Motor, Simpanan Bank, Pelaburan, KWSP,
dan sebagainya.
Anda mungkin memiliki beberapa atau semua yang saya sebut diatas. Akan tetapi,
adakah anda tahu apa akan berlaku kepada semua harta tersebut jika anda meninggal
dunia. Adakah harta tersebut akan terus pergi ke pewaris ataupun harta tersebut perlu
melalui beberapa proses untuk sampai ke tangan pewaris. Seperti yang ramai orang
maklum, pembahagian harta mengikut syariah islam adalah melalui faraid. TETAPI,
ada perkara2 yang perlu diselesaikan sebelum sampai kepada proses faraid.
1. PENGEBUMIAN
Proses pengebumian harus disudahi terlebih dahulu. Pengebumian memerlukan kos
seperti penyediaan kain kafan, peralatan memandikan jenazah, dan upah penggali kubur
harus dibayar. Jika ada menyertai khairat kematian di dalam komuniti ataupun surau/masjid,
kos ini akan ditanggung oleh tabung khairat kematian tersebut.
2. PELANGSAIAN HUTANG
Ada 3 jenis hutang yang perlu dilaksanakan sebelum melaksanakan faraid. Hutang tersebut
adalah Hutang Allah, Hutang Institusi, dan Hutang Individu.
Hutang Allah ataupun hutang ibadah adalah seperti puasa, haji, zakat dan sebagainya.
Hutang Institusi adalah hutang dengan bank, pinjaman pendidikan, cukai dan sebagainya.
Hutang Individu adalah hutang anda dengan rakan, ahli keluarga, dan orang yang berkaitan.
3. WASIAT DAN PENAMA
Jika membuat wasiat tertentu ketika hidup, hendaklah diselesaikan dahulu pembahagian
wasiat tersebut. Dan juga harta yang mempunyai penama seperti simpanan KWSP dan lain lain.
Dan akhir sekali, yang keempat
4. FARAID
Selepas segala perkara diatas diselesaikan, barulah baki harta yang tinggal dibahagikan mengikut
hukum faraid. Proses faraid ini memakan masa yang agak lama serta proses yang agak rumit.
Faraid mengambil masa minimum selama 6 bulan untuk diselesaikan. Maksimum? mungkin sampai generasi cucu dah kahwin pun belum tentu selesai sekiranya tidak muafakat.
Proses ini tidak dapat dapat dielakkan tetapi kita masih boleh menyediakan satu dana bagi memastikan kelangsungan hidup keluarga tidak terbelenggu dengan ketiadaan anda.
PruBSN Warisan
Dibuat khusus bagi memenuhi keperluan anda untuk meninggalkan warisan buat
orang yang tersayang dalam bentuk hibah (hadiah) sekiranya perkara yang tidak
diingini menimpa anda.
Mari kita minum kopi sambil saya kongsikan kepada anda secara lebih terperinci
Amirul Zamri , 0132166343
Comments
Post a Comment