Perlindungan Pendapatan ( Income Protection )
PERLINDUNGAN PENDAPATAN
(Income Protection)
Assalam. Okay, seperti biasa, saya taip panjang2. Harap anda sudi meluang sedikit masa secebis perkongsian ini. Adakah anda familiar dengan terma perlindungan pendapatan? Apakah perlindungan pendapatan ini? Adakah ia satu perkara yang bermanfaat?
Saya sudah mempunyai kad medikal untuk tujuan perubatan
Saya juga mempunyai takaful hayat sekiranya meninggal dunia
Mengapa saya masih perlukan perlindungan pendapatan?
Kerana, jika berlaku sesuatu kepada anda seperti jatuh sakit ataupun kemalangan yang menyebabkan anda tidak mampu bekerja selama waktu tertentu atau lebih teruk lagi, hilang upaya secara kekal yang menyebabkan anda tidak mampu lagi mencari pendapatan. Ketika perkara ini berlaku, apakah sumber kewangan utama anda untuk membantu anda dalam meneruskan kehidupan? Jika kad medikal anda mempunyai plan penyakit kritikal atau kemalangan, anda bernasib baik kerana plan penyakit kritikal akan memberi anda sejumlah wang sekaligus (bergantung kepada jumlah yang anda ambil) apabila didiagnos dengan mana2 penyakit kritikal. Wang ini mungkin mencukupi untuk membayar kos perubatan yang tidak ditanggung dalam kad medikal dan menyara hidup buat sementara ( jika jumlah pampasan besar).
Adakah wang tersebut cukup untuk membayar bil2 yang lain di rumah, segala pinjaman yang ada, dan hutang2 lain. Siapa yang akan membayar sekiranya anda tidak lagi mampu bekerja? Jika anda mempunyai suami/isteri, salah seorang masih berupaya untuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan. Tetapi mungkin anda tidak dapat mengekalkan taraf hidup dengan berbekalkan pendapatan suami/isteri sahaja.
Bagaimana jika anda masih bujang? Anda hanya mempunyai diri anda sendiri. Dan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anda, apakah akan berlaku kepada anda yang masih bujang. Perlindungan pendapatan ini lebih penting terhadap individu yang masih bujang kerana anda tidak mempunyai pasangan untuk menyokong anda ketika anda tidak mampu bekerja. Jika ahli keluarga anda mampu untuk menanggung perbelanjaan anda, anda mungkin tak perlu perlindungan pendapatan. Akan tetapi anda juga harus mempertimbangkan selama manakah mereka mampu menyara anda.
Jika anda tidak mempunyai apa2 plan perlindungan takaful, mungkin anda akan bergantung sepenuhnya kepada simpanan anda ketika mengalami perkara2 tidak diingini ini. Jika simpanan anda banyak, mungkin tidak perlu risau. Tetapi simpanan anda tidak terlalu banyak dan mungkin hanya dapat membantu anda selama setahun atau lebih, apa akan terjadi selepas itu?
Jawapan kepada keperluan untuk menampung hidup dalam keadaan sedemikian terletak dalam Perlindungan Pendapatan ( Income Protection ) yang juga dikenali sebagai takaful hilang upaya kekal. Dengan merancang hari ini untuk risiko2 yang mungkin anda alami di masa akan datang, anda akan memperoleh sejumlah pampasan bagi menggantikan pendapatan bulanan daripada majikan atau perniagaan anda jika anda tidak dapat bekerja. Bergantung kepada jumlah perlindungan yang anda ambil, mungkin jumlah tersebut mampu menanggung kehidupan sehingga anda bersara.
Mahukan penerangan bagaimana mengatasi masalah ini? Mari kita pekena kopi sambil saya share dengan anda. Anda sudah membaca sejauh ini, jadi
Hubungi saya Amirul Zamri 0132166343
Comments
Post a Comment