3 PERKARA PERLU DILINDUNGI TAKAFUL / INSURANS




3 PERKARA PERLU DILINDUNGI TAKAFUL / INSURANS


1. Kematian
Perlindungan insurans/takaful tidak melindungi kita daripada kematian, sebaliknya membantu kita membuat persiapan kewangan untuk waris. Semua orang akan menghadapi kematian cuma beza masa dan bila. Oleh kerana kita tidak tahu bila dan bagaimana akan mati maka kita harus memikirkan apa yang mungkin berlaku jika kita meninggal dunia. Jika anda seorang lelaki atau suami, pasti anda mempunyai banyak komitmen dan tanggungan yang pada ketika anda hidup, komitmen tersebut bukan menjadi satu beban untuk anda atau keluarga anda. Bagaimanakah kelangsungan hidup keluarga, anak dan isteri anda. Mereka mungkin terpaksa memikul beban komitmen tersebut tanpa sokongan orang lain. Kalau dulu punca pendapatan ada dua suami isteri, kini yang tinggal hanya isteri. Anak masih bersekolah, sedikit sebanyak isteri akan terbeban dengan komitmen yang banyak.  Lebih teruk lagi jika isteri tidak bekerja dan tidak mampu, pastinya sukar untuk meneruskan hidup. Nak diharapkan ihsan sanak saudara, adakah mungkin mereka boleh membantu bertahun tahun. Jadi, jika ada pampasan daripada insurans/takaful, sekurang-kurangnya nasib waris terbela. 
Dengan PruBsnWarisan, anda boleh menarik nafas lega dan menghadapi hidup yang tenang. Anda telah menyediakan RM250 ribu sebagai pampasan kepada waris sekiranya anda meninggal dunia. Adakah lebih baik bersedia sekarang daripada tidak menyediakan sesuatu untuk waris anda. 
2. Kelumpuhan/kecacatan
Kelumpuhan/kecacatan merupakan musibah kewangan yang juga besar. 
Apabila kejadian seperti ini berlaku, lebih-lebih lagi jika kelumpuhan seluruh badan,perkara pertama yang anda perlu tahu adalah anda tidak akan mampu lagi bekerja untuk mencari nafkah. Sumber pendapatan boleh terjejas sepenuhnya sedangkan kita masih memerlukan wang bukan sahaja untuk meneruskan hidup, malah untuk menampung segala kos. Jika kematian, hanya perlu tinggalkan sumber kewangan untuk waris meneruskan hidup, tetapi jika kelumpuhan/kecacatan, perlu meninggalkan sumber kewangan untuk meneruskan hidup sendiri dan waris, dan pada masa yang sama menampung kos rawatan.Kelumpuhan/kecacatan bukan sahaja boleh terjadi disebabkan kemalangan, malahan boleh juga disebabkan oleh penyakit-penyakit tertentu. Jadi, perlulah juga kita bersedia dengan perlindungan sebagai persediaan menghadapi keadaan ini.
Sekali lagi, dengan PruBsnWarisan, anda boleh menarik nafas lega dan menghadapi hidup yang tenang. Anda telah menyediakan RM250 ribu sebagai pampasan kepada anda dan waris sekiranya kelumpuhan/cacat. Wang tersebut mungkin membantu dari segi kelangsungan hidup dan mungkin boleh dilaburkan untuk menambahkan jumlahnya. Adakah lebih baik bersedia sekarang daripada tidak menyediakan sesuatu untuk anda dan keluarga anda. 
3. Penyakit kritikal
Penyakit-penyakit kritikal yang selalu dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah sakit jantung, kanser, strok, kencing manis dan kegagalan buah pinggang. Apabila diserang penyakit kritikal, ada dua perkara yang akan terjadi. pertama, sama seperti kelumpuhan, anda mungkin tidak lagi boleh bekerja untuk mencari pendapatan. Kedua, anda mungkin terpaksa menggunakan keseluruhan simpanan anda yang sudah berpuluh tahun anda simpan untuk tujuan lain seperti haji dan sebagainya untuk menanggung kos perubatan dan penjagaan yang mahal. Katakanlah anda masih mampu bekerja, tetapi jika sering cuti sakit, pendapatan anda juga tetap akan terjejas. Kemungkinan diberhentikan juga tinggi kerana anda sudah tidak lagi produktif untuk syarikat. Maka segala manfaat kesihatan yang disediakan oleh syarikat juga akan ditarik jika ada. Tinggallah anda bergantung sepenuhnya pada simpanan atau sanak saudara untuk membantu dari segi kewangan. Oleh kerana nak jimatkan kos rawatan, boleh cuba rawatan di hospital kerajaan, tetapi mungkin perlu menunggu masa yang lama. Nak dapatkan rawatan di hospital swasta, kos rawatan pula terlalu mahal.
Dengan PruBsnTakafulink, anda boleh menarik nafas lega dan menghadapi hidup yang tenang. Anda telah bersedia dengan menyediakan medical card yang mempunyai had tahunan sebanyak RM100 ribu untuk membiayai kos rawatan anda di hospital. Anda juga menyediakan RM25 ribu (minimum) sebagai pampasan kepada waris sekiranya anda meninggal dunia atau hilang upaya.  Adakah lebih baik bersedia sekarang daripada tidak menyediakan sesuatu untuk waris anda. 

Jadi sudahkah anda mengambil keputusan untuk bersedia dari sekarang? 
Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. 
Hubungi saya, Amirul, 0132166343. Kita minum kopi sambil sharing. :)





Comments

Popular Posts